Wednesday 30 January 2013

PENGEMASKINIAN MAKLUMAT SENARAI NAMA eKASIH TAHUN 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Untuk makluman tuan, KPM sedang dalam tindakan untuk pembayaran bantuan persekolahan bagi sesi 2013. Sehubungan itu, dipohon kerjasama tuan untuk membuat semakan serta pengemaskinian maklumat pada data e-Kasih bagi senarai murid Tahun 1, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 berdasarkan Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) tahun 2013. Senarai nama ini akan digunakan untuk pembayaran Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) dan Bantuan Pakaian Seragam Beruniform (BPS).




Perkara-perkara yang perlu dikemaskini oleh pihak sekolah adalah seperti berikut :
  • Nama sekolah dan 
  • Kod sekolah serta
  • No kad pengenalan atau sijil lahir sahaja

untuk tindakan pihak sekolah selanjutnya. Data yang telah dikemaskini hendaklah dikembalikan kepada En Faizal (Unit HEM) melalui emel hemppdpapar@gmail.com selewat-lewatnya 20 Februari 2013.

Sekian terima kasih

No comments:

Post a Comment