Monday 10 October 2011

Makluman Pengemaskinian data SMM Dan SISMAKAN

Salam,

Adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah diminta untuk bersedia untuk kutipan data Sistem Maklumat Murid (SMM) dan Sistem Maklumat Kantin (SISMAKAN) bagi bulan Oktober.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah diminta untuk mengemaskini SMM dan SISMAKAN berdasarkan data terkini.

Aplikasi data SMM dan SISMAKAN boleh diperolehi dengan memuat turun seperti berikut:
  1. SMM
  2. SISMAKAN

Perhatian dan kerjasama tuan/puan adalah sangat dihargai

Sekian dan terima kasih

Data SSDM dan Borang Pengurusan Disiplin (BPD)

Salam

Dimaklumkan bahawa semua sekolah rendah daerah papar adalah diminta untuk menyediakan, mengemaskini dan menghantar data SSDM dan Borang Pengurusan Disiplin (BPD) berdasarkan salahlaku disiplin yang berlaku di antara 1 Jun 2011 hingga 31 Oktober 2011.

Berikut adalah perkara yang perlu di hantar kepada Unit HEM, PPD Papar selewat-lewatnya 1 Nov 2011.
  1. "Softcopy" data SSDM
  2. "Softcopy" dan "hardcopy" Borang Pengurusan Disiplin (BPD)
Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan En Faizal di talian 088-913757 atau melalui emel hemppdpapar@gmail.com

Penghantaran data tersebut boleh dibuat dengan menggunakan CD, pendrive atau melalui emel

Aplikasi  data boleh dimuat turun seperti berikut:
  1. Sistem Salahlaku Disiplin Murid (SSDM)
  2. Borang Pengurusan Disiplin (BPD)
Perhatian dan kerjasama tuan/puan adalah sangat dihargai

Sekian dan terima kasih

Saturday 1 October 2011

MUAT TURUN BORANG

(1) BORANG PERMOHONAN KWAMP PELAJAR (INDIVIDU)

(2) BORANG PERMOHONAN KWAMP FORMAT BARU (BRP)

(3) BORANG RMT (LAMPIRAN A)

(4) BORANG PENGURUSAN DISIPLIN (BPD1)

(5) BORANG DATA ANALISIS PEPERIKSAAN  (MURID ASRAMA)

(6) BORANG LAPORAN BUKU TEKS SEKOLAH KURANG/LEBIH

(7) SENARAI NAMA eKASIH MURID THN1, TG1 DAN TG4 TAHUN 2012

MUAT TURUN BAHAN TAKLIMAT UNIT HEM

(1) TAKLIMAT KWAMP 2011

(2) TAKLIMAT RMT 2011

(3) TAKLIMAT PROGRAM SUSU 1 MALAYSIA 2011

(4) MANUAL PENGGUNAAN eSSDM (SEKOLAH)

MUAT TURUN APLIKASI UNIT HEM

(1) SISTEM SALAHLAKU DISIPLIN MURID (SSDM)

(2) SISTEM MAKLUMAT KANTIN (SISMAKAN)

(3) SEMAKAN RALAT SMM

(4) SISTEM SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SISTEKS)

(5) SISTEM MAKLUMAT MURID (SMM)

Kutipan Permohonan Bantuan KWAMP Bagi Tahun 2012

Tahniah di atas kerjasama semua guru yang terlibat dalam proses penyediaan permohonan bantuan KWAMP bagi tahun 2012. Permohonan daripada semua sekolah telah diterima dan sedang diproses untuk semakkan kelayakan dan penggabungan. Permohonan ini akan dihantar kepada Unit Kebajikan, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah pada minggu hadapan.

Terima Kasih.