Wednesday 1 August 2012

RUMUSAN PERMOHONAN PENEMPATAN TAHUN 1 DAN MAKLUMAT MURID TAHUN 6 UNTUK KEMASUKAN KE TINGKATAN 1 BAGI TAHUN 2013

Salam,

Sila tekan pautan dibawah untuk memuat turun borang berkaitan.
Sila lengkapkan borang tersebut dan hantar kepada En. Faizal, Unit HEM PPD Papar selewat-lewatnya 29 Ogos 2012.

Sila hantar dalam bentuk hardcopy dan softcopy dengan menggunakan CD atau emel terus ke hemppdpapar@gmail.com

Sekian terima kasih

Thursday 19 July 2012

Permohonan Insuran Takaful Pelajar Tercicir Dan Tingkatan 6 Bawah

Salam,

JPN Sabah membenarkan semua sekolah untuk memohon insuran takaful bagi pelajar tercicir (tahun 1 hingga tingkatan 6 atas) dan tingkatan 6 bawah selewat-lewatnya 27 Julai 2012.

Borang permohonan insuran takaful tersebut boleh dimuat turun melalui pautan di bawah.
Borang Permohonan Insuran Takaful  Bagi Sekolah Negeri Sabah Tahun 2012

Sekolah yang berkaitan hendaklah melengkapkan borang tersebut dan menghantar kepada En Faizal (Unit HEM) selewat-lewatnya 26 Julai 2012.

Adalah diharapkan agar borang tersebut dapat dihantar tepat pada masanya untuk mengelakkan keciciran daripada berlaku.

Kerjasama dan perhatian tuan/puan adalah sangat dihargai

Sekian, terima kasih

Thursday 12 July 2012

Taklimat Permohonan ABM (P) Melalui eOperasi Bagi Tahun 2013

Salam,

Taklimat tersebut akan dilaksanakan pada ketetapan berikut:
  • Tarikh : 13 Julai 2012
  • Masa : 2.00 petang
  • Tempat : Bilik Gerakan Utama, PPD Papar

Untuk mendapatkan bahan taklimat tersebut sila muat turun melalui pautan berikut:
  1. Taklimat Permohonan ABM 2013
  2. Taklimat Format ABM (P) Tahun 2013
  3. Senarai Kelulusan Peluasan Pra Sekolah 2013
Sekian, terima kasih

Wednesday 4 July 2012

LAPORAN KEDATANGAN MURID SEKOLAH 2011-2012

 Salam,

Pihak sekolah adalah diminta  untuk mengira peratusan kedatangan bulanan bagi semua kelas yang wujud di sekolah masing-masing
  • Sekolah Menengah - Pendidikan Khas, Peralihan dan Tingkatan 1 hingga 6
  • Sekolah Rendah - Pendidikan Khas, Prasekolah dan Tahun 1 hingga 6
Sila muat turun format laporan tersebut melalui pautan berikut:

Laporan Kedatangan Murid Sekolah

Adalah diminta agar sekolah menghantar dalam bentuk :
  • Softcopy melalui emel hemppdpapar@gmail.com
  • Hardcopy kepada En Faizal
Laporan tersebut hendaklah dihantar selewat-lewatnya 9 Julai 2012 untuk dibentangkan di Bengkel GTP 2.0 pada 10 Julai 2012.

Kerjasama dan perhatian pihak sekolah adalah sangat dihargai.

Sekian, terima kasih

Thursday 22 March 2012

TAKLIMAT SISTEM PENARAFAN KESELAMATAN SEKOLAH (SPKS) ONLINE TAHUN 2012

Salam,

Adalah dimaklumkan bahawa taklimat tersebut akan dilaksanakan pada ketetapan berikut:
  • Tarikh : 27 Mac 2012
  • Masa : 2.15 Petang
  • Tempat :Bilik Mesyuarat PPD Papar
Penolong Kanan HEM atau Guru Penyelaras 3K semua sekolah daerah Papar adalah diminta menghadiri taklimat tersebut

Bahan taklimat boleh diperolehi dengan memuat turun melalui pautan berikut:
Sistem tersebut boleh dibuka melalui alamat http://apps.moe.gov.my/spks

Untuk makluman awal, tarikh akhir pengisian data SPKS adalah pada 30 Mac 2012

Sekian, terima kasih

Monday 20 February 2012

BAHAN DENGKEL DAN TAKLIMAT BUKU TEKS TAHUN 2012

Salam,

Semua Guru Buku Teks,

Semua bahan taklimat buku teks yang telah disampaikan oleh JPN Sabah bersama KPM di PPD Papar pada 20 Jan 2012 boleh dimuat turun dengan menekan pautan-pautan dibawah.


1. Taklimat Buku Teks

2. Senarai Buku Teks (Menengah/ Rendah/ MPV/ Obsolete/ Tahun Akhir Penggunaan 2013)

3. Panduan Penggunaan btbt6i

4. Lampiran-Lampiran Berkaitan Pengurusan Buku Teks

5. Katelog Buku Teks Sekolah Rendah

6. Katelog Buku Teks Sekolah Menengah

Setelah dimuat turun, sila 'unzip / extract' terlebih dahulu fail tersebut

Sekian dan terima kasih

Tuesday 7 February 2012

Semakan Dan Pengemaskinian Data Senarai eKasih

Salam,

Sila semak dan kemaskini nama dan kod sekolah serta no KP/sijil lahir murid bagi tahun 1, tingkatan 1 dan tingkatan 4 dalam senarai nama eKasih.

Ini bertujuan agar murid-murid disekolah yang tersenarai dapat menerima bantuan persekolahan seperti KWAPM dan Bantuan Pakaian Seragam.


Untuk muat turun data senarai eKasih
1) >>> Sila Tekan Sini <<< (Untuk MS Office 2007&2010)

2) >>> Sila Tekan Sini <<< (Untuk MS Office 2003)

Sila hantar semula data yang telah dikemaskini kepada Unit HEM selewat-lewatnya 22 Feb 2012 melalui email hemppdpapar@gmail.com atau menggunakan CD

Sekian, terima kasih.

Laporan Buku Teks Sekolah Lebih/Kurang

Salam,

Kepada semua guru buku teks, PPD Papar

Sila muat turun borang laporan buku teks sekolah lebih/kurang >>> TEKAN DISINI <<<

Sila semak dan lengkapkan borang tersebut dan email kembali ke hemppdpapar@gmail.com selewat-lewatnya 13 Feb 2012.

Sekian terima kasih