Thursday 19 July 2012

Permohonan Insuran Takaful Pelajar Tercicir Dan Tingkatan 6 Bawah

Salam,

JPN Sabah membenarkan semua sekolah untuk memohon insuran takaful bagi pelajar tercicir (tahun 1 hingga tingkatan 6 atas) dan tingkatan 6 bawah selewat-lewatnya 27 Julai 2012.

Borang permohonan insuran takaful tersebut boleh dimuat turun melalui pautan di bawah.
Borang Permohonan Insuran Takaful  Bagi Sekolah Negeri Sabah Tahun 2012

Sekolah yang berkaitan hendaklah melengkapkan borang tersebut dan menghantar kepada En Faizal (Unit HEM) selewat-lewatnya 26 Julai 2012.

Adalah diharapkan agar borang tersebut dapat dihantar tepat pada masanya untuk mengelakkan keciciran daripada berlaku.

Kerjasama dan perhatian tuan/puan adalah sangat dihargai

Sekian, terima kasih

Thursday 12 July 2012

Taklimat Permohonan ABM (P) Melalui eOperasi Bagi Tahun 2013

Salam,

Taklimat tersebut akan dilaksanakan pada ketetapan berikut:
  • Tarikh : 13 Julai 2012
  • Masa : 2.00 petang
  • Tempat : Bilik Gerakan Utama, PPD Papar

Untuk mendapatkan bahan taklimat tersebut sila muat turun melalui pautan berikut:
  1. Taklimat Permohonan ABM 2013
  2. Taklimat Format ABM (P) Tahun 2013
  3. Senarai Kelulusan Peluasan Pra Sekolah 2013
Sekian, terima kasih

Wednesday 4 July 2012

LAPORAN KEDATANGAN MURID SEKOLAH 2011-2012

 Salam,

Pihak sekolah adalah diminta  untuk mengira peratusan kedatangan bulanan bagi semua kelas yang wujud di sekolah masing-masing
  • Sekolah Menengah - Pendidikan Khas, Peralihan dan Tingkatan 1 hingga 6
  • Sekolah Rendah - Pendidikan Khas, Prasekolah dan Tahun 1 hingga 6
Sila muat turun format laporan tersebut melalui pautan berikut:

Laporan Kedatangan Murid Sekolah

Adalah diminta agar sekolah menghantar dalam bentuk :
  • Softcopy melalui emel hemppdpapar@gmail.com
  • Hardcopy kepada En Faizal
Laporan tersebut hendaklah dihantar selewat-lewatnya 9 Julai 2012 untuk dibentangkan di Bengkel GTP 2.0 pada 10 Julai 2012.

Kerjasama dan perhatian pihak sekolah adalah sangat dihargai.

Sekian, terima kasih