Sunday 28 August 2011

Hari Raya 2011

Assalamualaikum,

Kami warga Pejabat Pelajaran Daerah Papar, Unit HEM khususnya mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada semua guru-guru dan AKS sekolah.


Tuesday 23 August 2011

Senarai Nama eKasih Tahun 1 dan Tingkatan 1 Tahun 2011


Sukacita dimaklumkan bahawa senarai nama penerima bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP) berdasarkan  data eKasih untuk murid tahun 1 dan tingkatan 1 bagi tahun 2011 telah diterima daripada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Senarai nama tersebut telah diserahkan kepada semua sekolah yang berkaitan untuk tindakan selanjutnya. Peruntukan untuk pembayaran bantuan KWAMP kepada pelajar akan diturunkan terus ke dalam akaun KWK sekolah di daerah Papar. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah perlu mengagihkan bantuan tersebut dengan kadar segera setelah menerima peruntukan berkenaan daripada KPM mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Harap Maklum

Monday 1 August 2011

Bahan Taklimat Permohonan Bantuan Tahun 2012

 Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Guru-guru yang ingin mendapatkan bahan-bahan berkaitan dengan taklimat permohonan bantuan (KWAMP dan RMT) bagi tahun 2012 boleh memuat turun bahan tersebut dengan menekan pautan dibawah
  1. Taklimat RMT
  2. Taklimat KWAMP
  3. Borang Permohonan KWAMP (Individu)
  4. Borang Rumusan Permohonan KWAMP (Sekolah) Baru
  5. Borang Penerima RMT 
Sebarang masalah atau pertanyaan boleh berhubung dengan En Kasidi dan En Faizal di Unit HEM, PPD Papar di talian 088-913575 (samb. 14) 

Sekian dan terima kasih.

Taklimat Permohonan Bantuan Bagi Tahun 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa taklimat permohonan bantuan (KWAMP dan RMT) bagi tahun 2012 akan dilaksanakan di daerah Papar mengikut zon.

Penolong Kanan HEM dan Guru Penyelaras Bantuan Sekolah adalah diminta untuk menghadiri taklimat tersebut dengan merujuk jadual dibawah:


TARIKH/MASA
TEMPAT
SEKOLAH
2 OGOS 2011
SELASA
9.00 PAGI
BILIK MESYUARAT,
SK PEKAN PAPAR
SK PEKAN PAPAR
SK KELANAHAN
SK KUALA
SK PENGALAT BESAR
SK PENGALAT KECIL
SK BUANG SAYANG
SK SURATI
SK PANTAI MANIS
SK ST JOSEPH
SJKC ST JOSEPH
SJKC CHENG HWA
SJKC ANGLOO CHINESE
3 OGOS 2011
RABU
9.00 PAGI
BILIK MESYUARAT,
SK RAMPAZAN
SK RAMPAZAN
SK GANA
SK KAYAU
SK KAMBIZAAN
SK KOGOPON
SK LIPUTONG
SK PADAWAN
SK SABANDIL
SK SACRED HEART
SK ST MARY
SJKC HWA YIN
SJKC TUNG SHAN
4 OGOS 2011
KHAMIS
9.00 PAGI
BILIK MESYUARAT,
SK BENONI
SK BENONI
SK BELATIK
SK DAINGIN
SK KELATUAN
SK LANGKAWIT
SK LINGAN
SK OUR LADY
SJKC CHENG MING
SJKC SEN MING
5 OGOS 2011
JUMAAT
9.00 PAGI
BILIK MESYUARAT,
SK KAWANG
SK KAWANG
SK BERINGIS
SK KAIDUAN
SK PEKAN KINARUT
SK MANDALIPAU
SK MOOK
SK TAMPASAK
SK TANAKI
SJKC KIN KIAU
9 OGOS 2011
SELASA
9.00 PAGI
BILIK MESYUARAT,
SK NYARIS-NYARIS
SK NYARIS-NYARIS
SK PEKAN BONGAWAN
SK SUMBILING
SK VIGING ULU
SK ULU LUMAGAR
SK KIMANIS
SK MANDAHAN
SK PEKAN BONGAWAN
SJKC BONG HWA


Sekian dan terima kasih