Monday 10 October 2011

Makluman Pengemaskinian data SMM Dan SISMAKAN

Salam,

Adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah diminta untuk bersedia untuk kutipan data Sistem Maklumat Murid (SMM) dan Sistem Maklumat Kantin (SISMAKAN) bagi bulan Oktober.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah diminta untuk mengemaskini SMM dan SISMAKAN berdasarkan data terkini.

Aplikasi data SMM dan SISMAKAN boleh diperolehi dengan memuat turun seperti berikut:
  1. SMM
  2. SISMAKAN

Perhatian dan kerjasama tuan/puan adalah sangat dihargai

Sekian dan terima kasih

Data SSDM dan Borang Pengurusan Disiplin (BPD)

Salam

Dimaklumkan bahawa semua sekolah rendah daerah papar adalah diminta untuk menyediakan, mengemaskini dan menghantar data SSDM dan Borang Pengurusan Disiplin (BPD) berdasarkan salahlaku disiplin yang berlaku di antara 1 Jun 2011 hingga 31 Oktober 2011.

Berikut adalah perkara yang perlu di hantar kepada Unit HEM, PPD Papar selewat-lewatnya 1 Nov 2011.
  1. "Softcopy" data SSDM
  2. "Softcopy" dan "hardcopy" Borang Pengurusan Disiplin (BPD)
Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan En Faizal di talian 088-913757 atau melalui emel hemppdpapar@gmail.com

Penghantaran data tersebut boleh dibuat dengan menggunakan CD, pendrive atau melalui emel

Aplikasi  data boleh dimuat turun seperti berikut:
  1. Sistem Salahlaku Disiplin Murid (SSDM)
  2. Borang Pengurusan Disiplin (BPD)
Perhatian dan kerjasama tuan/puan adalah sangat dihargai

Sekian dan terima kasih

Saturday 1 October 2011

MUAT TURUN BORANG

(1) BORANG PERMOHONAN KWAMP PELAJAR (INDIVIDU)

(2) BORANG PERMOHONAN KWAMP FORMAT BARU (BRP)

(3) BORANG RMT (LAMPIRAN A)

(4) BORANG PENGURUSAN DISIPLIN (BPD1)

(5) BORANG DATA ANALISIS PEPERIKSAAN  (MURID ASRAMA)

(6) BORANG LAPORAN BUKU TEKS SEKOLAH KURANG/LEBIH

(7) SENARAI NAMA eKASIH MURID THN1, TG1 DAN TG4 TAHUN 2012

MUAT TURUN BAHAN TAKLIMAT UNIT HEM

(1) TAKLIMAT KWAMP 2011

(2) TAKLIMAT RMT 2011

(3) TAKLIMAT PROGRAM SUSU 1 MALAYSIA 2011

(4) MANUAL PENGGUNAAN eSSDM (SEKOLAH)

MUAT TURUN APLIKASI UNIT HEM

(1) SISTEM SALAHLAKU DISIPLIN MURID (SSDM)

(2) SISTEM MAKLUMAT KANTIN (SISMAKAN)

(3) SEMAKAN RALAT SMM

(4) SISTEM SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SISTEKS)

(5) SISTEM MAKLUMAT MURID (SMM)

Kutipan Permohonan Bantuan KWAMP Bagi Tahun 2012

Tahniah di atas kerjasama semua guru yang terlibat dalam proses penyediaan permohonan bantuan KWAMP bagi tahun 2012. Permohonan daripada semua sekolah telah diterima dan sedang diproses untuk semakkan kelayakan dan penggabungan. Permohonan ini akan dihantar kepada Unit Kebajikan, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah pada minggu hadapan.

Terima Kasih.

Friday 9 September 2011

Taklimat Pelaksanaan Program Susu 1 Malaysia

Salam,

Semua Penolong Kanan HEM sekolah di daerah Papar diminta untuk menghadiri taklimat pelaksanaan Program Susu 1 Malaysia di sekolah pada ketetapan berikut:
  • Tarikh : 9 September 2011
  • Masa : 2.15 Petang
  • Tempat : Bilik Mesyuarat SK Surati, Papar
  • Pengerusi : En Abidin Marjan, PPD Papar
Taklimat berkenaan akan disampaikan oleh Pn Hasnah Kadir, Unit Kesihatan, Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah.

Sekian dan terima kasih

Sunday 28 August 2011

Hari Raya 2011

Assalamualaikum,

Kami warga Pejabat Pelajaran Daerah Papar, Unit HEM khususnya mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada semua guru-guru dan AKS sekolah.


Tuesday 23 August 2011

Senarai Nama eKasih Tahun 1 dan Tingkatan 1 Tahun 2011


Sukacita dimaklumkan bahawa senarai nama penerima bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP) berdasarkan  data eKasih untuk murid tahun 1 dan tingkatan 1 bagi tahun 2011 telah diterima daripada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Senarai nama tersebut telah diserahkan kepada semua sekolah yang berkaitan untuk tindakan selanjutnya. Peruntukan untuk pembayaran bantuan KWAMP kepada pelajar akan diturunkan terus ke dalam akaun KWK sekolah di daerah Papar. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah perlu mengagihkan bantuan tersebut dengan kadar segera setelah menerima peruntukan berkenaan daripada KPM mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Harap Maklum

Monday 1 August 2011

Bahan Taklimat Permohonan Bantuan Tahun 2012

 Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Guru-guru yang ingin mendapatkan bahan-bahan berkaitan dengan taklimat permohonan bantuan (KWAMP dan RMT) bagi tahun 2012 boleh memuat turun bahan tersebut dengan menekan pautan dibawah
  1. Taklimat RMT
  2. Taklimat KWAMP
  3. Borang Permohonan KWAMP (Individu)
  4. Borang Rumusan Permohonan KWAMP (Sekolah) Baru
  5. Borang Penerima RMT 
Sebarang masalah atau pertanyaan boleh berhubung dengan En Kasidi dan En Faizal di Unit HEM, PPD Papar di talian 088-913575 (samb. 14) 

Sekian dan terima kasih.

Taklimat Permohonan Bantuan Bagi Tahun 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa taklimat permohonan bantuan (KWAMP dan RMT) bagi tahun 2012 akan dilaksanakan di daerah Papar mengikut zon.

Penolong Kanan HEM dan Guru Penyelaras Bantuan Sekolah adalah diminta untuk menghadiri taklimat tersebut dengan merujuk jadual dibawah:


TARIKH/MASA
TEMPAT
SEKOLAH
2 OGOS 2011
SELASA
9.00 PAGI
BILIK MESYUARAT,
SK PEKAN PAPAR
SK PEKAN PAPAR
SK KELANAHAN
SK KUALA
SK PENGALAT BESAR
SK PENGALAT KECIL
SK BUANG SAYANG
SK SURATI
SK PANTAI MANIS
SK ST JOSEPH
SJKC ST JOSEPH
SJKC CHENG HWA
SJKC ANGLOO CHINESE
3 OGOS 2011
RABU
9.00 PAGI
BILIK MESYUARAT,
SK RAMPAZAN
SK RAMPAZAN
SK GANA
SK KAYAU
SK KAMBIZAAN
SK KOGOPON
SK LIPUTONG
SK PADAWAN
SK SABANDIL
SK SACRED HEART
SK ST MARY
SJKC HWA YIN
SJKC TUNG SHAN
4 OGOS 2011
KHAMIS
9.00 PAGI
BILIK MESYUARAT,
SK BENONI
SK BENONI
SK BELATIK
SK DAINGIN
SK KELATUAN
SK LANGKAWIT
SK LINGAN
SK OUR LADY
SJKC CHENG MING
SJKC SEN MING
5 OGOS 2011
JUMAAT
9.00 PAGI
BILIK MESYUARAT,
SK KAWANG
SK KAWANG
SK BERINGIS
SK KAIDUAN
SK PEKAN KINARUT
SK MANDALIPAU
SK MOOK
SK TAMPASAK
SK TANAKI
SJKC KIN KIAU
9 OGOS 2011
SELASA
9.00 PAGI
BILIK MESYUARAT,
SK NYARIS-NYARIS
SK NYARIS-NYARIS
SK PEKAN BONGAWAN
SK SUMBILING
SK VIGING ULU
SK ULU LUMAGAR
SK KIMANIS
SK MANDAHAN
SK PEKAN BONGAWAN
SJKC BONG HWA


Sekian dan terima kasih

Friday 13 May 2011

Aplikasi SISMAKAN

Kepada semua guru penyelaras kantin yang belum memiliki aplikasi pengurusan kantin sekolah SISMAKAN, sila muat turun >>> DISINI <<<

Sistem Salahlaku Disiplin Murid

Bagi guru-guru yang belum memiliki aplikasi SSDM. Sila muat turun aplikasi tersebut >>> DISINI <<<


Untuk mengetahui id laluan dan password bagi menggunakan aplikasi SSDM ini, sila menghantar permohonan melalui email zalearth82@yahoo.com.my atau faizal.ag.salleh@gmail.com

Sebarang pertanyaan boleh berhubung melalui talian 088-913575 samb. 14

Sunday 8 May 2011

Borang Pengurusan Disiplin

Guru Disiplin

Sila lengkapkan Borang Pengurusan Disiplin (BPD) berdasarkan data yang bermula pada bulan Januari hinggi Mei 2011.

Sila hantar BPD yang telah lengkap dalam bentuk softcopy ketika bengkel kutipan SSDM pada 18 Mei 2011 (2.30 petang) di PKG Papar.

Format Borang Pengurusan Disiplin boleh dimuat turun >>> DISINI <<<

Sekian, terima kasih

Kutipan Data SSDM Mei 2010

  • Adalah dimaklumkan bahawa bengkel kutipan data SSDM peringkat PPD Papar akan dilaksanakan pada ketetapan berikut:
    • Tarikh : 18 Mei 2011 
    • Masa : 2.30 petang
    • Tempat: Pusat Kegiatan Guru Daerah Papar
  • Semua guru penyelaras SSDM sekolah diminta hadir dengan membawa data SSDM yang telah di lengkapkan dan dikemaskini ketika bengkel tersebut
  • Data SSDM perlu dihantar dalam bentuk softcopy dengan menggunakan pendrive/CD (tidak perlu menggunakan disket)
  • Sebarang masalah atau pertanyaan boleh berhubung dengan En Faizal Ag Salleh di talian 088-913575 samb. 14 atau melalui email di alamat faizal.ag.salleh@gmail.com / zalearth82@yahoo.com.my
  • Bagi guru-guru yang belum memiliki perisian SSDM boleh memuat turun  >>> DISINI <<<