Thursday 12 September 2013

Laporan Program Pembangunan Sahsiah Diri Murid (PPSDM) 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kepada Semua SMK dan SMKA Daerah Papar

Mohon kerjasama pihak sekolah untuk membuat laporan pelaksanaan Program Pembangunan Sahsiah Diri Murid (PPSDM) bagi tahun 2013.

Sehubungan itu, pihak sekolah (Ketua Guru Disiplin / Guru Bimbingan Kaunseling) diminta memasukkan hasil ujian PRA, POS dan PEMANTAUAN (bagi Progam Jati Diri dan Kembali Ke Sekolah) kedalam borang laporan PPSDM tersebut.

Sila muat turun borang laporan PPSDM melalui pautan/ link berikut:
Borang Laporan PPSDM

Pihak sekolah diminta menghantar laporan tersebut melalui emel hemppdpapar@gmail.com selewat-lewatnya 20 September 2013 (Jumaat)

Sekian terima kasih


Saturday 27 July 2013

Pekeliling Rancangan Makanan Tambahan 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Berikut dikongsikan pekeliling terbaru pelaksanaan Rancangan Makanan Tambahan bagi sekolah-sekolah yang belum menerima.

Sila muat turun pekeliling tersebut beserta lampirannya melalui pautan/ link dibawah


Sekian terima kasih

Monday 22 July 2013

Sunday 21 July 2013

Format Baru Borang Data Penerima RMT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Dimaklumkan bahawa permohonan RMT bagi tahun 2014 adalah dengan menggunakan Borang Senarai Penerima RMT (format baru)

Sila muat turun borang tersebut melalui pautan/ link di bawah:
Borang Senarai Penerima RMT (format baru 2013)

Sekian terima kasih

Skim Insurans Murid Sekolah (SIMS) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Adalah dimaklumkan bahawa semua pelajar di sekolah-sekolah yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia DAN  berada di dalam bas sekolah yang berdaftar dengan SPAD/ LPKP (Sabah) adalah dilindungi dengan Skim Insurans Murid Sekolah (SIMS) dibawah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Tempoh perlindungan adalah bermula 2 Januari 2013 hingga 1 Januari 2013. Kawasan perlindungan skim ini adalah diseluruh Malaysia, Singapura, Thailand, Brunei dan Indonesia.

Maklumat lanjut berkenaan skim insurans ini boleh dimuat turun melalui pautan/ link dibawah

Skim Insurans Murid Sekolah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat

Pihak sekolah diharap dapat memaklumkan perkara ini kepada semua ibu bapa agar anak-anak mereka sentiasa dilindungi dengan hanya menaiki bas sekolah yang terlah berdaftar dengan SPAD/LPKP

Sekian terima kasih

Wednesday 15 May 2013

LAPORAN PENARAFAN KESELAMATAN SEKOLAH SECARA “OFFLINE” BAGI FASA APRIL 2013


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Adalah dimaklumkan bahawa terdapat beberapa buah sekolah yang belum melaksanakan penarafan keselamatan sekolah melalui Sistem Penarafan Keselamatan Sekolah (SPKS) secara atas talian bagi fasa April 2013.

Sehubungan itu, sekolah yang berkenaan adalah diminta untuk melengkapkan Sistem Penarafan Keselamatan Sekolah secara “offline” dan dihantar kepada En Faizal, Unit HEM PPD Papar selewat-lewatnya 21 Mei 2013 dalam  bentuk berikut :
  1. softcopy (format Microsoft Excel) melalui emel hemppdpapar@gmail.com dan  
  2. hardcopy (kertas A4 yang disahkan pentadbir sekolah) .

Sila muat turun aplikasi/ perisian dalam bentuk Excel tersebut dibawah:

Sekian, terima kasih.






Friday 5 April 2013

Borang Pengurusan Disiplin (BPD) Jan-Mac 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Mohon kerjasama semua sekolah untuk menyediakan Borang Pengurusan Disiplin (BPD) bagi data bermula Januari 2013 hingga Mac 2013

Borang tersebut hendaklah dihantar selewat-lewatnya 19 April 2013 dalam bentuk berikut:

  • Hardcopy (kertas A4) - dihantar kepada En Faizal, Unit HEM PPD Papar
  • Softcopy (format excel) - dihantar melalui emel hemppdpapar@gmail.com
Borang BPD1 bentuk softcopy boleh diperolehi dengan memuat turun daripada pautan/link dibawah
Kerjasama tuan/puan adalah sangat dihargai

Sekian terima kasih