Tuesday 23 August 2011

Senarai Nama eKasih Tahun 1 dan Tingkatan 1 Tahun 2011


Sukacita dimaklumkan bahawa senarai nama penerima bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP) berdasarkan  data eKasih untuk murid tahun 1 dan tingkatan 1 bagi tahun 2011 telah diterima daripada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Senarai nama tersebut telah diserahkan kepada semua sekolah yang berkaitan untuk tindakan selanjutnya. Peruntukan untuk pembayaran bantuan KWAMP kepada pelajar akan diturunkan terus ke dalam akaun KWK sekolah di daerah Papar. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah perlu mengagihkan bantuan tersebut dengan kadar segera setelah menerima peruntukan berkenaan daripada KPM mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Harap Maklum

No comments:

Post a Comment