Unit HEM, PPD Papar sebagai penyelaras pengurusan murid sekolah-sekolah daerah Papar dalam bidang Disiplin, Bantuan, Biasiswa, Pinjaman Buku Teks, Kesihatan dan Keselamatan serta Maklumat Pelajar.
Tuesday, 23 August 2011
Senarai Nama eKasih Tahun 1 dan Tingkatan 1 Tahun 2011
Sukacita dimaklumkan bahawa senarai nama penerima bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP) berdasarkan data eKasih untuk murid tahun 1 dan tingkatan 1 bagi tahun 2011 telah diterima daripada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Senarai nama tersebut telah diserahkan kepada semua sekolah yang berkaitan untuk tindakan selanjutnya. Peruntukan untuk pembayaran bantuan KWAMP kepada pelajar akan diturunkan terus ke dalam akaun KWK sekolah di daerah Papar. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah perlu mengagihkan bantuan tersebut dengan kadar segera setelah menerima peruntukan berkenaan daripada KPM mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
Harap Maklum
Labels:
BANTUAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment