Wednesday 15 May 2013

LAPORAN PENARAFAN KESELAMATAN SEKOLAH SECARA “OFFLINE” BAGI FASA APRIL 2013


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Adalah dimaklumkan bahawa terdapat beberapa buah sekolah yang belum melaksanakan penarafan keselamatan sekolah melalui Sistem Penarafan Keselamatan Sekolah (SPKS) secara atas talian bagi fasa April 2013.

Sehubungan itu, sekolah yang berkenaan adalah diminta untuk melengkapkan Sistem Penarafan Keselamatan Sekolah secara “offline” dan dihantar kepada En Faizal, Unit HEM PPD Papar selewat-lewatnya 21 Mei 2013 dalam  bentuk berikut :
  1. softcopy (format Microsoft Excel) melalui emel hemppdpapar@gmail.com dan  
  2. hardcopy (kertas A4 yang disahkan pentadbir sekolah) .

Sila muat turun aplikasi/ perisian dalam bentuk Excel tersebut dibawah:

Sekian, terima kasih.