Wednesday 30 January 2013

PENGEMASKINIAN MAKLUMAT SENARAI NAMA eKASIH TAHUN 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Untuk makluman tuan, KPM sedang dalam tindakan untuk pembayaran bantuan persekolahan bagi sesi 2013. Sehubungan itu, dipohon kerjasama tuan untuk membuat semakan serta pengemaskinian maklumat pada data e-Kasih bagi senarai murid Tahun 1, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 berdasarkan Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) tahun 2013. Senarai nama ini akan digunakan untuk pembayaran Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) dan Bantuan Pakaian Seragam Beruniform (BPS).




Perkara-perkara yang perlu dikemaskini oleh pihak sekolah adalah seperti berikut :
  • Nama sekolah dan 
  • Kod sekolah serta
  • No kad pengenalan atau sijil lahir sahaja

untuk tindakan pihak sekolah selanjutnya. Data yang telah dikemaskini hendaklah dikembalikan kepada En Faizal (Unit HEM) melalui emel hemppdpapar@gmail.com selewat-lewatnya 20 Februari 2013.

Sekian terima kasih

Wednesday 9 January 2013

Senarai Matapelajaran Pilihan Ting 4 & 5 (2013)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Mohon semua sekolah menengah untuk mengisi maklumat senarai matapelajaran pilihan yang ditawarkan kepada pelajar ting 4 & 5

Tekan disini untuk muat turun borang berkenaan

Sila emelkan kepada hemppdpapar@gmail.com selewat-lewatnya 15 Jan 2013

sekian terima kasih

Monday 7 January 2013

Laporan Kelebihan & Kekurangan Buku Teks 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Mohon kerjasama tuan/puan untuk mengisi borang laporan kelebihan dan kekurangan buku teks bagi tahun 201.

Sila hantar laporan tersebut kepada En Faizal, Unit HEM PPD Papar melalui emel (sahaja) hemppdpapar@gmail.com selewat-lewatnya 14 Januari 2013

Tekan Disini untuk muat turun Borang Laporan Kelebihan dan Kekurangan Buku Teks 2013

Kerjasama dan perhatian tuan/puan dalam perkara ini adalah sangat dihargai.

Sekian terima kasih