Thursday 12 September 2013

Laporan Program Pembangunan Sahsiah Diri Murid (PPSDM) 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kepada Semua SMK dan SMKA Daerah Papar

Mohon kerjasama pihak sekolah untuk membuat laporan pelaksanaan Program Pembangunan Sahsiah Diri Murid (PPSDM) bagi tahun 2013.

Sehubungan itu, pihak sekolah (Ketua Guru Disiplin / Guru Bimbingan Kaunseling) diminta memasukkan hasil ujian PRA, POS dan PEMANTAUAN (bagi Progam Jati Diri dan Kembali Ke Sekolah) kedalam borang laporan PPSDM tersebut.

Sila muat turun borang laporan PPSDM melalui pautan/ link berikut:
Borang Laporan PPSDM

Pihak sekolah diminta menghantar laporan tersebut melalui emel hemppdpapar@gmail.com selewat-lewatnya 20 September 2013 (Jumaat)

Sekian terima kasih


No comments:

Post a Comment