Sunday 21 July 2013

Skim Insurans Murid Sekolah (SIMS) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Adalah dimaklumkan bahawa semua pelajar di sekolah-sekolah yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia DAN  berada di dalam bas sekolah yang berdaftar dengan SPAD/ LPKP (Sabah) adalah dilindungi dengan Skim Insurans Murid Sekolah (SIMS) dibawah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Tempoh perlindungan adalah bermula 2 Januari 2013 hingga 1 Januari 2013. Kawasan perlindungan skim ini adalah diseluruh Malaysia, Singapura, Thailand, Brunei dan Indonesia.

Maklumat lanjut berkenaan skim insurans ini boleh dimuat turun melalui pautan/ link dibawah

Skim Insurans Murid Sekolah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat

Pihak sekolah diharap dapat memaklumkan perkara ini kepada semua ibu bapa agar anak-anak mereka sentiasa dilindungi dengan hanya menaiki bas sekolah yang terlah berdaftar dengan SPAD/LPKP

Sekian terima kasih

No comments:

Post a Comment